Apakah itu e-portfolio?
E-portfolio atau
portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan
menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web
ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM). E-portfolio merupakan
satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan
yang tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu
ataupun organisasi.E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkan
perkembangan diri dan pengetahuan individu. Berdasarkan tugasan yang dilakukan ,e-portfolio
sangat berguna kepada pelajar untuk menerangkan perkara-perkara yang telah
dipelajari. Justeru itu, e-portfolio bolehlah dikatakan sebagai buku
elektronik peribadi kepada mereka yang membangunkanya. Misalnya untuk pengajar,
e-portfolio boleh digunakan sebagai medium pengajaran. Manakala bagi pelajar ,
e-portfolio boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan segala bahan
pembelajaran.
Menurut kajian
yang dilakukan oleh FuturEd sejak tahun 1996 , e-portfolio berkaitan rapat
dengan: Baca seterusnya.....
0 Comments:
Post a Comment