SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG, SEMOGA MENDAPAT MANFAAT.

Sunday 18 December 2011

“ E- Portfolio ( Learning and Development E-Portfolio )”

Apakah  itu e-portfolio?
            E-portfolio atau portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM). E-portfolio merupakan satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun organisasi.E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan individu. Berdasarkan tugasan yang dilakukan ,e-portfolio sangat berguna kepada pelajar untuk menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari. Justeru itu,   e-portfolio bolehlah dikatakan sebagai buku elektronik peribadi kepada mereka yang membangunkanya. Misalnya untuk pengajar, e-portfolio boleh digunakan sebagai medium pengajaran. Manakala bagi pelajar , e-portfolio boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan segala bahan pembelajaran.
 Menurut kajian yang dilakukan oleh FuturEd sejak tahun 1996 , e-portfolio berkaitan rapat dengan: Baca seterusnya.....

blogger templates | Make Money Online